Resepi Cekodok Pisang Rangup

Kuih jemput-jemput atau juga dikenali sebagai cucur atau cekodok, pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Ia merupakan sejenis kuih tradisi. Ia dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan kuih jemput-jemput pisang yang rangup ini.


Bahan-bahan nya :

  1. 8 biji pisang emas
  2. 1 cawan tepung gandum
  3. 1 sudu besar mentega
  4. 1 sudu besar gula pasir
  5. Garam

Cara-cara nya :

  1. Lenyek pisang sehingga hancur. Masukkan gula dan garam. Kemudian masukkan mentega dan kacau rata. Masukkan tepung gandum dan dikacau rata 
  2. Panaskan minyak dan setelah minyak betul betul panas, masukkan adunan. Jika mahu cantik, guna jari. Goreng dengan api sederhana
  3. Balik-balik kan sehingga kelihatan kekuning-kuningan. Toskan minyak dan angkat 
  4. Siap untuk dihidangkan
Sangat sesuai untuk dicicah bersama susu pekat dan dibuat sarapan pagi atau minum petang. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Cekodok Pisang Rangup"

Post a Comment