Tutorial Siang Ikan Bawal Putih

Asyik resepi je yang kami kongsikan, jom kali ini kita tengok juga tips atau tutorial bagaimana untuk menyiang ikan bawal putih. Bila sudah tahu senang la anda untuk memikat mak mertua atau bakal mak mertua anda. Apa lagi, jom kita tengok tutorial bergambar ini.




B - Mula-mula sekali mesti la basuh ikan sebelum apa-apa pun. Selepas itu trim sikit ekor nya. Seperti gambar dibawah.

C - Kerat bahagian bawah mulut ikan tu menggunakan gunting, gunting melintang antara 2 insang nya hingga putus.

D - Kemudian, belah perut ikan guna gunting, belah sampai sampai pangkal perut.

E - Bahagian ini, anda keluarkan semua isi perut sekali insang ikan bawal putih tersebut. - Jangan geli, kalau geli macam mana nak memikat suami

F - Kemudian, cuci ikan bawah air paip mengalir. Cuci bersih segala kekotoran, terutama kesan-kesan darah bewarna hitam. Jika perut ikan bawal tidak bersih, nanti akan rasa pahit jika di makan kelak. Kemudian boleh lah perap dengan jus limau nipis dan garam untuk 10 minit, kemudian cuci kembali dan toskan.

G - Akhir sekali jika anda hendak goreng kelar sedikit seperti dalam gambar, lumur sedikit garam dan serbuk kunyit rata.

Sumber : Tiffinbiru.com

0 Response to "Tutorial Siang Ikan Bawal Putih"

Post a Comment