Resepi Ringkas Bubur Chacha sedap ya~ amat

Sangat ringkas punya resepi kali ini yang kami ingin kongsi kan. Hanya memerlukan 5 bahan dan kalau power dalam 10 minit boleh siap dah. Jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan bubur chacha yang sedap ya amat ini.


Bahan-bahan nya :

  1. 1 pack Chacha 
  2. 1 tin susu cair
  3. 1 sudu kecil garam 
  4. Gula
  5. Setengah sudu kecil esen Vanilla 
  6. Daun pandan 
Cara-cara nya :


  1. Rebus chacha, masukkan daun pandan - Rebus sampai kenyal sahaja, jangan terlalu lembut
  2. Masukkan garam dan gula semasa merebus chacha 
  3. Apabila sudah kenyal masukkan susu cair dan esen vanilla
  4. Akhir sekali masukkan 2 cawan air jika anda tidak mahu kuah terlalu pekat
  5. Kacau sehingga mendidih, kemudian tutup api
  6. Siap 

Sedap dimakan ketika suam atau sejuk. Boleh disimpan dahulu dalam peti ais kemudian dihidangkan. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

Kredit Resepi : lina fadzil

0 Response to "Resepi Ringkas Bubur Chacha sedap ya~ amat"

Post a Comment