Resepi Sup Tulang Ala-Ala Chef Wan

Chef yang tidak asing lagi di dunia memasak dan resepi. Apa lagi kalau bukan chef Wan. Kali ini kami ingin kongsikan resepi sup tulang yang lazat ala-ala resepi chef Wan. Jom kita tengok.


Bahan-bahan nya :

  1. 500 gram ekor lembu
  2. 2 sudu besar serbuk ketumbar
  3. 1 sudu besar serbuk jintan putih
  4. 1 sudu besar serbuk jintan manis
  5. 1 setengah sudu besar tomato puree
  6. Air secukupnya
  7. 1 batang lobak merah - dadu
  8. 1 biji kentang - dadu
  9. 2 batang saderi - dadu
  10. Garam 
  11. Lada hitam - dikisar
  12. Hirisan daun ketumbar 
  13. Bawang goreng
  14. Bahan-bahan kisar halus :
    1. 10 biji bawang merah
    2. 4 ulas bawang putih
    3. 2 batang serai - hiris
    4. 1 inci halia
  15. Bahan-bahan tumis :
    1. 4 biji buah pelaga
    2. 2 batang kayu manis
    3. 6 kuntum bunga cengkih
    4. 2 kuntum bunga lawang
Cara-cara memasak :

  1. Cuci tulang lembu se bersih yang mungkin dan toskan
  2. Panaskan minyak dalam periuk, goreng tulang lembu tadi hingga perang, angkat dan toskan
  3. Dalam minyak yang sama, masukkan rempah tumis dan bahan kisar halus, goreng hingga naik bau
  4. Tambah serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih, kacau 3 ke 4 minit hingga harum. Tambah tomato puree. Masak sekejap dan masukkan tulang lembu tadi, gaul rata dan tuang air secukupnya
  5. Renih kan hingga daging pada tulang tadi empuk. Tambah kentang, lobak merak dan saderi, masak lagi hingga kentang empuk. Tambah garam secukup rasa, sedikit gula dan lada hitam, kacau dan masak 2 ke 3 minit lagi
  6. Hidangkan dengan menabur hirisan daun ketumbar dan bawang goreng
Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama roti gardenia atau nasi putih panas-panas. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Sup Tulang Ala-Ala Chef Wan"

Post a Comment