Resepi Ayam Masak Masam Manis ala Thai

Kita pernah kongsikan resepi ayam masak masam manis biasa. Kali ini kita mahu kongsikan resepi ayam masak masam manis ala Thai.


Bahan-bahan nya :
  1. Setengah ekor ayam
  2. Bahan kisar kasar
    1. 1 setengah biji bawang besar
    2. 5 ulas bawang putih
    3. Halia
    4. 10 ke 15 biji cili padi
    5. 2 batang serai - hiris
  3. 3 sudu besar sos cili
  4. 1 sudu besar sos ikan
  5. 3 ke 4 helai daun limau purut
  6. 1 setengah sudu gula
  7. Garam
  8. Bahan perasa
  9. 1 cawan air
  10. 2 senduk minyak
  11. 5 ke 6 biji cili padi - hiris
  12. 1 biji bawang besar - hiris membulat
  13. Daun ketumbar
  14. Serbuk kunyit
Cara-cara nya :

  1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian digorengkan sekejap sahaja
  2. Tumis bahan kisar, masukkan gula, sedikit garam dan bahan perasa. Tumis hingga betul-betul naik minyak dan agak garing
  3. Masukkan sos cili, sos ikan dan daun limau purut. Masukkan ayam dan air. Gaul rata
  4. Apabila sudah memdidih dan kuah pekat, masukkan bawang besar dan cili potong. Gaul rata
  5. Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan padamkan api
  6. Siap
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun.

0 Response to "Resepi Ayam Masak Masam Manis ala Thai"

Post a Comment