Resepi Kek Kukus Pandan dengan hanya menggunakan Blender


Bahan-bahan nya :
  1. 3 biji telur ayam gred A
  2. Setengah cawan gula halus
  3. Suku cawan minyak jagung
  4. Suku cawan susu cair
  5. 1 sudu besar ovalette
  6. 1 sudu kecil esen vanilla
  7. 1 sudu kecil perisa pandan
  8. Setengah sudu kecil pewarna hijau
  9. 1 cawan self raising flour
Cara-cara penyediaan nya :
  1. Masukkan air ke dalam pengukus dan didihkan.Biarkan
  2. Masukkan semua bahan-bahan kecuali self raising flour ke dalam blender. Blend sehingga adunan kembang sekitar 3 ke 5 minit. Kisar secara henti-henti 
  3. Adunan kek yang telah dikisar masukkan ke dalam mangkuk.Ayak tepung self raising flour atau tepung naik sendiri ini. Kacau sehingga sebati
  4. Alaskan loyang bersaiz 6 dengan baking paper dan sapu butter pada tepi loyang.Untuk dapatkan tekstur kek pandan yang halus dan cantik, tapis adunan sebelum masuk ke dalam loyang
  5. Kukus sekitar 35 minit. Sejukkan kek sebelum dikeluarkan
  6. Siap untuk dipotong dan dihidangkan
Selamat mencuba dan anda boleh like FB page kami untuk update resepi-resepi yang kami kongsikan di sini

0 Response to "Resepi Kek Kukus Pandan dengan hanya menggunakan Blender"

Post a Comment