Resepi Ringkas Siew Pak Choy Sos Tiram

 Pak choi ialah sejenis kubis Cina. Jenis Chinensis tidak membentuk kepala dan mempunyai helaian daun hijau licin, sebaliknya membentuk kluster yang mengingatkan sayuran sawi atau saderi. Jenis Chinensis adalah popular di selatan China dan Asia Tenggara. Tahan dengan musim sejuk, ia semakin banyak ditanam di Eropah Utara. Oleh itu masakan nya pon sering dikait dengan resepi dari keturunan China. Posting kali ini kami akan kongsikan resepi pak choy yang ringkas iaitu siew pak choy bersos tiram.




Bahan-bahan nya :
  1. Bawang putih - Diketuk
  2. Sos Tiram
  3. Cili Merah
  4. Sayur Pak Choy -  Dicelur
  5. Minyak masak
Cara penyediaan :
  1. Celur sayur pak choy dan susun cantik atas pinggan
  2. Tumis bawang putih sampai nampak nak garing kemudian angkat
  3. Tinggalkan sedikit bawang bersama minyak dlm kuali kemudian masukan cili merah dan sos tiram masak sekejap sampai semua sebati 
  4. Akhir sekali siram atas sayur tadi dan tabur bawang putih goreng yang kita angkat tadi atas sayur
  5. Siap untuk dihidang
Hidangan yang ringkas dan sedap dihidang bersama nasi ayam atau pon nasi putih panas-panas. 


Selamat mencuba dan anda boleh like FB page kami untuk update resepi-resepi yang kami kongsikan di sini

0 Response to "Resepi Ringkas Siew Pak Choy Sos Tiram"

Post a Comment