Resepi Lala Masak Pedas Masam Manis


Bahan-bahan yang diperlukan :
  1. Lala - dicuci bersih
  2. 3 biji bawang besar – dikisar halus
  3. 3 inci halia – dikisar halus
  4. 5 sudu besar cili kering kisar
  5. 2 sudu besar sos cili
  6. 1 sudu besar sos tiram
  7. 2 sudu besar kicap manis
  8. 1 sudu sos lada hitam
  9. 3 batang serai - dititik
  10. Minyak masak
  11. Air asam jawa @ perahan air lemon
Cara-cara nya :
  1. Tumis bawang merah dan halia serta serai 
  2. Apabila sudah kekuningan, masukkan cili kisar
  3. Tumis hingga garing, masukkan sedikit air
  4. Tumis lagi kemudian masukkan sos cili, sos tiram, sos lada hitam dan kicap manis. Biarkan mendidih
  5. Masak sehingga kuahnya jadi pekat. Letak sedikit air asam jawa
  6. Masukkan lala, kuatkan api, tutup kuali dan biarkan ia masak dalam tempoh 5 ke 8 minit
  7. Boleh padam api dan dihidangkan

Tips : 
1. Pastikan lala yang dibeli dipasar atau supermarket itu masih segar, kenyal dan tidak berbau. Jika lala yang dibeli itu masih hidup, segera simpan dalam peti sejuk dengan cara dibungkus dengan menggunakan beg plastik yang sudah ditebuk lubang agar lala tersebut tetap segar.

2. Ketika mahu menyediakannya, jangan lupa untuk membersihkan lala dengan cara merendamnya di dalam air yang telah diletak garam. Ketika merendam, tutup rendaman tersebut dan biarkan beberapa minit agar pasir serta kotoran yang terdapat di dalam lala itu keluar.


Selamat mencuba dan anda boleh like FB page kami untuk update resepi-resepi yang kami kongsikan di sini

0 Response to "Resepi Lala Masak Pedas Masam Manis"

Post a Comment