Resepi Fruity Pastry Cake yang menawan

Idea untuk hidangan di pagi Syawal nanti, jom kita cuba buat dulu sekarang 




Bahan -bahan yang diperlukan adalah :-

  • Penimbang berat makanan *penting
  • Parchment paper 
  • 226 grams Tepung Naik Sendiri
  • 160 grams Gula Kastor
  • 150 grams Salted Butter, dicairkan dan biarkan sedikit sejuk
  • 3 biji telur Gred A
  • 100ml Buttermilk
  • 1 sudu teh Vanilla Extract
  • Parutan Lemon Zest dari 1 biji lemon 
  • 500 grams buah-buah fresh yang kurang berair contoh ( Strawberry / Blueberry/Peach / Kiwi/Orange Sunkist) dihiris dan digaul dengan 2 sudu besar Gula Kastor.

Cara-cara untuk menyediaannya

  1. Pertama, Pre-heatkan oven pada suhu 160°C. Gris baking tray saiz 9" dengan butter dan dialas dengan parchment paper. 
  2. Sementara itu, ambil bekas adunan dan masukkan Tepung Naik Sendiri, Gula, Melted Butter, Telur, Lemon zest, Buttermilk dan Vanilla.
  3. Kacau adunan menggunakan senduk kayu sehingga semua rata dan sebati. Kemudian tuangkan adunan ke dalam baking tray. jangan lupa ratakan permukaan adunan cake.
  4. Setelah itu, ambil buah yang telah dipotong dan gaul bersama gula halus dan terus susun semua buah tadi atas adunan.  
  5. Setelah selesai susun buah,  masukkan tray dalam oven dan dibakar selama 40-50 minit, bergantung pada oven atau hingga cake masak tapi jangan terlebih bakar nanti Cake menjadi kering tidak moist (lembab). 
  6. Sejukkan seketika dan sprinkle dengan gula icing sebelum dihidangkan


Note : Fruit Pastry Cake ini akan lagi sedap selepas dibiarkan semalaman. Untuk menyimpan, simpan dalam bekas kedap udara dengan suhu bilik, untuk kekalkan kelembapannya. Kerana cake ini mengandungi buah-buahan terutama jika gunakan buah dalam tin, jadi ianya akan bertahan hanya lebih kurang 2 hari.

kredit resepi : Suhana, MAHN

0 Response to "Resepi Fruity Pastry Cake yang menawan "

Post a Comment