Resepi Minang : Rendang Ayam Cili Api



Bahan-bahan yang diperlukan : 

Bahan Utama

  • 1 ekor Ayam *dibersihkan dan dipotong 28 bahagian

Bahan-bahan yang lain

  • 4 sekawan ( Kulit Kayu Manis / Bunga Lawang / Bunga Cengkih & Buah Pelaga)
  • 2 batang Serai *dititik
  • 1 kotak Santan (200ml)
  • Air (100ml)
  • 1 sudu besar Kerisik
  • 2 inci Gula Melaka
  • 1-2 Asam Keping
  •  1-2 Daun Kunyit
  • 4 helai Daun Limau Purut
  • Garam * secukup rasa
  • Minyak Masak

Bahan-bahan untuk Dikisar

  • 1 biji Bawang Merah Besar
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 2 inci Kunyit Hidup
  • 1 inci Halia
  • 1 inci Lengkuas
  • 15-20 biji Cili Api * ikut tahap kepedasan masing-masing
  • 2 biji Cili Merah


Cara-cara untuk menyediakannya :-

  1. Pertama, Kisar bahan-bahan yang perlu dikisar
  2. Kemudian, panaskan minyak dan tumis rempah ratus 4sekawan seketika.
  3. Kemudian, masukkan bahan yang dikisar tadi,tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan serai, setelah agak pecah minyak.
  5. Masukkan Ayam dan gaul seketika.
  6. Masukkan Santan, Kerisik dan Air, Biarkan ia mendidih
  7. Tambahkan Garam secukup rasa, serta masukkan Asam Keping 
  8. Gaul sekata dan taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut.
  9. Biarkan dalam 3-5minit dan boleh matikan api dapur.
  10. Siap dan Sedia dihidangkan. 



0 Response to "Resepi Minang : Rendang Ayam Cili Api"

Post a Comment