Resepi Tumis Sayur Pucuk Paku



Bahan-bahan yang diperlukan :-

  • Seikat Sayur Pucuk Paku
  • 5-10 biji Cili Api
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 4-5 ulas Bawang Merah
  • 1 inci Kunyit Hidup
  • Sejemput Ikan Bilis *direndam seketika
  • Air *secukupnya
  • Minyak Masak
  • Garam & Gula *secukup rasa
Cara-cara untuk menyediakannya :-
  1. Pertama, masukkan Cili Api, Bawang Putih, Bawang Merah, Ikan Bilis serta Kunyit Hidup kedalam lesung tumbuk, tumbuk sampai separa lumat.
  2. Kemudian, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk sebentar tadi sehingga kekuningan dan garing sedikit.
  3. Masukkan sayur pucuk paku , gaul rata.
  4. Masukkan sedikit air , agar ia berkuah sedikit.
  5. Biarkan 3-5 minit, taburkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Gaul sekata sekali lagi dan boleh padamkan air dapur.
  7. Siap. 
  8. Sedia untuk dihidangkan.





0 Response to "Resepi Tumis Sayur Pucuk Paku "

Post a Comment