Resepi Rempeyek Tumpi Kacang Hijau

kalau kerepek-kerepek ini, amat berbaloi bila kita buat sendiri daripada membeli, sebab boleh kudap sebanyak mana yang kita puas, betul tak? Bahan-bahan pun tidak sukar kita cari.

Jom kita mula. 





Bahan-bahan yang diperlukan :-

  • 500gram Tepung Beras
  • 2 cawan Santan
  • 2 biji Telur
  • 250gram Ikan Bilis
  • 400gram Kacang Dhal / Hijau*rendam dulu semalaman
  • Air *secukupnya
  • 2 sudu besar Ketumbar
  • 2 sudu besar Jintan Manis
  • 2 sudu besar Jintan Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Kunyit Hidup
  • Garam *secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara untuk menyediakannya :-

  1. Pertama, tumbuk atau kisarkan bahan-bahan berikut ;- Bawang Putih, Kunyit, Ikan Bilis, Ketumbar, Jintan Manis, Jintan Putih .
  2. Kemudian, masukkan bahan dikisar kedalam Tepung Beras
  3. Masukkan Santan, Telur, Garam dan Kacau semuanya sehingga ia tidak melekat pada telapak tangan *tidak bergentel
  4. Tuangkan Kacang Dhal kedalam adunan tepung.
  5. Sementara itu, boleh panaskan minyak untuk kita menggoreng.
  6. Setelah minyak panas, leperkan dan serakkan adunan ditepi bahagian kuali
  7. Goreng sehingga kekuningan.
  8. Siap dan Simpan kedalam bekas kedap udara. 
  9. Selamat Mencuba

0 Response to "Resepi Rempeyek Tumpi Kacang Hijau"

Post a Comment