Resepi Murtabak Mini Yang Sangat Mudah

Setiap kali pergi Pasar Malam atau Bazar Ramadan, kalau port orang jual murtabak ni , kalau sedap dan famous mesti kena berbaris panjang kan, kalau yang suram tu, mesti kes banyak bawang je, inti tak banyak. Jadi kalau nak puas hati, puas makan, Kita buat je la sendiri. Bukan susah sangat, cuma perlu ada mood kerajinan je, kalau gotong royong buat sama-sama ..okay apa..hehehe..






Jom kita intai bahan-bahan dan cara-cara untuk buat Murtabak mini ini.

Bahan-bahan untuk membuat Inti

  • 3 keping Daging Burger atau Daging / Ayam cincang / Sardin *ikut suka nak buat inti apa
  • 1 biji Bawang Holand *potong dadu
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1 sudu besar Rempah Kari Daging *bancuh dengan air
  • 1 sudu besar Rempah Kurma *bancuh dengan air
  • 3 biji Kentang *potong dadu( rebus hingga lembut)
  • Daun Sup/ Bawang
  • Setengah Kiub daging/ayam
  • Air *secukupnya

Bahan-bahan lain

  • Kulit Popia size besar * dipotong dua
  • 1 biji Kuning telur * untuk gam kulit popia
  • Keping keju *jika mahu terpulang pada individu
  • Minyak *untuk menggoreng

Cara-cara untuk menyediakannya :- 

  1. Pertama, tumiskan Bawang Holand sehingga naik bau dan kekuningan
  2. Masukkan rempah kari dan rempah kurma, tumiskan sehingga pecah minyak
  3. Kemudian, masukkan Daging Burger yang telah diramas dan dihancurkan (tidak berketul-ketul)
  4. Selepas itu, masukkan Ubi Kentang yang telah direbus tadi.
  5. Masukkan hiriskan Daun Sup/Bawang
  6. Masukkan sedikit air, masukkan setengah kiub pati daging / ayam.  Biarkan ia masak hingga kering.
  7. Akhir sekali, perisakan dengan garam dan gula secukupnya. 
  8. Sejukkan seketika



Cara-cara untuk membalutnya.

  1. Potong Kulit popia pada dua , sebab kita nak buat mini murtabak.
  2. Kemudian, sudukan inti di tengah kulit popia.
  3. Lipatkan seperti didalam gambar. 
  4. Gamkan dengan kuning telur jika perlu.
  5. Sedia untuk digoreng. *tidak perlu goreng lama kerana kulit popia nipis, biar agak sedikit kekuningan boleh angkat. 
  6. Jangan lupa, pakai api dapur yang kecil ya.
  7. Setelah selesai menggoreng, boleh lah dihidangkan bersama sos cili, jika rajin boleh buat kuah kari daging yang simple. 
  8. Selamat mencuba. 




0 Response to "Resepi Murtabak Mini Yang Sangat Mudah"

Post a Comment