Resepi Etok Tumis Bercili Manis

Etok atau Etak begitu sinonim dengan masyarakat Kelantan kerana ia adalah kudapan khas ketika menikmati nasi kerabu. Mungkin generasi sekarang sudah jarang menikmati etak ini. Etak boleh menjadi penambah selera kerana rasanya yang lemak manis.





Bagi orang Kelantan, etok sudah menjadi satu kudapan yang sama seperti kacang rebus, kacang goreng yang dinikmati ketika bersantai menonton TV atau berkelah. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara untuk menyediakan Etok Cili Goreng.

Tetapi kali ini, saya ingin kongsikan cara masakan Etok yang sedikit berkuah.




Bahan-bahan yang diperlukan adalah :-

(bahan-bahan ikut banyak mana korang nak etok itu)

  • Etok *ada setengah panggil remis 
  • Cili kering *dikisar
  • Bawang Putih *dikisar
  • Bawang Merah *dikisar
  • Sedikit halia dan lengkuas *dikisar
  • Serai *dikisar
  • Mnyak untuk menumis
  • Garam dan Gula *secukup rasa

Cara-cara untuk menyediakannya : - 

  1. Pertama, panaskan minyak , tumiskan bahan -bahan sehingga masak
  2. Tambahkan sedikit air
  3. Perisakan dengan Garam dan Gula tambahkan asam keping.
  4. Masukkan Etok, kacau sebati dengan kuah,
  5. Tutupkan kuali atau periuk seketika  untuk biarkan Etok cepat masak , dan kuah sedikit kering.
  6. Apabila kulit Etok terbuka itu menandakan ia sudah masak
  7. Sesuai dimakan bersama nasi putih. 
  8. Selamat Mencuba

0 Response to "Resepi Etok Tumis Bercili Manis "

Post a Comment