Resepi : Roti Canai Homemade

Malam ini, saya nak kongsikan resipi membuat roti canai , jom kita tengok cara-caranya, nanti boleh buat dan makan bila-bila pun , tidak kira waktu .


Bahan-bahan yang diperlukan 

  • 1/2 kilogram Tepung Gandum (*diayak)
  • 1 biji Telur
  • 2 sudu Majerin
  • 1sudu kecil Garam (larutkan dalam air)
  • 1/2 cawan Air sejuk *dari peti ais
  • 2 sudu Susu Pekat
  • Minyak masak

Cara-cara penyediaannya 

  1. Pertama, campur Tepung Gandum, Majerin dan Susu 
  2. Kemudian, masukkan Air garam dan Telur
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sampai Doh tidak melekat pada tangan
  4. Bulatkan dan rendam dengan minyak masak ( sekurang-kurangnya 2jam atau lebih)
  5. Jadi , boleh canaikan dan tebarkan *jika mahu makan.
  6. Sedia untuk digoreng.
  7. Sesuai dicicah bersama kuah kari, sambal ikan bilis, sambal sardin atau susu pekat.  




0 Response to "Resepi : Roti Canai Homemade"

Post a Comment