Resepi rendang kerang special


Harini kita nak share rendang kerang yang popular dengan kesedapan dan kepedasan die. 
bahan Utama :
1. 3kg kerang – gosok dengan berus sabut, basuh bersih dengan air mengalir, tuang air panas, tutup 10minit, ambil isi

Bahan Kisar :

  1. 5 biji bawang merah ros
  2. 2 biji bawang merah besar
  3. 5 ulas bawang putih
  4. 2 inci halia
  5. 1 inci lengkuas
  6. 1 inci kunyit hidup
  7. 5 batang serai – ambil bahagian dalam putih sahaja
  8. 10 biji cili api kampong
  9. 10 tangkai cili kering – buang biji, rebus dan kisar halus
  10. Santan – 1 biji kelapa
  11. 3 sudu makan kerisik
  12. 2 keping asam
  13. 3 helai daun kunyit – hiris halus
Cara-cara nya :
  1. Panaskan minyak dalam 1/2 cawan, masukan bahan kisar dan cili. Tumis sampai kering dan pecah minyak
  2. Masukkan santan – biarkan mereneh dengan api perlahan
  3. Masukkan kerisik dan asam keping – reneh sampai pekat
  4. Masukkan isi kerang dan keringkan rendang dengan api perlahan
  5. Masukkan daun kunyit yang di hiris halus dan rasakan dengan garam

0 Response to "Resepi rendang kerang special"

Post a Comment