Bahan dapur yang macam sama tapi tidak serupa

Info berguna untuk anda yang baru nak mengenali dapur.

Chocolate Chip Vs Chocolate Bar

Chocolate Chip Vs Chocolate Bar

  • Chocolate Chip
    • Merupakan kepingan coklat yang dijual dalam pelbagai saiz dan warna
    • Biasa digunakan dalam adunan biskut chip coklat, muffin, cupcake, kek dan berbagai lagi
    • Mudah dicairkan untuk membuat topping & ganache
  • Chocolate Bar
    • Didapati dalam perisa dark chocolate, milk chocolate dan white chocolate.
    • Saiz yang lebih besar dan berat
    • Untuk membuat topping & ganache
Butter Vs Margerin
Butter Vs Margerin
  • Butter
    • Dikenali sebagai mentega yang deperbuat dari bahan tenusu
    • Diperbuat daripada susu lembu yang di tapai
    • Biasa digunakan dalam pembuatan kek, roti, kuih dan masakan. Boleh juga sebagai sapuan
    • Mentega mudah cair dan tidak tahan lama. Mesti disimpan didalam peti sejuk
  • Margerin
    • Dikenali sebagai marjerin yang deperbuat dari lemak sayuran
    • Diperbuat daripada lemak sayuran dan air yang di emulsi
    • Tahan lama dan boleh disimpan pada suhu bilik
    • Pengganti kepada mentega tetapi ada perbezaan dari segi rasa 
Baking Powder Vs Baking Soda

Baking Powder Vs Baking Soda
  • Baking powder
    • Merupakan agen penaik yang mengandungi soda bikarbonat dan bahan berasid cream of tartar didalam nya.
    • Bertindak membebaskan gas karbon dioksida dalam adunan untuk menaikkan atau mengembangkan adunan semasa dibakar
    • Biasa digunakan untuk membuat pancake, kek dan muffin 
  • Baking Soda
    • Merupakan agen penaik tulen soda bikarbonat
    • Bertindak membebaskan gas karbon dioksida dalam adunan untuk merata dan menyebarkan adunan
    • Ada sesetengah resepi memerlukan kedua-dua bahan untuk mendapat tekstur kek yang tinggi dan rata
Kami akan kongsikan lagi bahan yang macam sama tapi tidak serupa di post yang akan datang -> Part 2. Kalau rasa info ini berguna, sila la share dan like facebook page kami. Terima Kasih.


0 Response to "Bahan dapur yang macam sama tapi tidak serupa"

Post a Comment