Resepi Homemade Nugget Ayam

Anda ada banyak masa terluang weekend time cuti kerja?. Jom buat nugget ayam sendiri, bila siap boleh lah dihidang untuk minum petang. hehe

Nampak macam dari kedai, tapi bukan
Bahan-bahan :

1. Daging Ayam 500gm - bahagian dada yang sudah dibuang kulit
2. Roti putih 5 keping - Roti gardenia
3. Susu segar 1 cawan besar - susu lembu sahaja

Bahan-bahan perisan :

1. Bawang putih 1 ulas - cincang
2. bawang  merah 1 biji - cincang
3.Serbuk lada putih - 1 sudu
4. Baking powder - 1 sudu
5. Garam - 1 sudu
6. Oregano kering - setengah sudu
7. Tyme kering - setengah sudu

Tidak perlu bahan pengawet dan bahan perasa MSG

Bahan-bahan Salutan nugget :

1. Tepung gandum - 2 sudu makan
2. Tempung beras - 1 sudu makan
3. Telur ayam
4. Serbuk roti

Cara-cara nya :

1. Cincang ayam sehalus-halus nya. Kalau ada food processor boleh masukkan dalam food processor je
2. Ayam di letak tepi sebentar
2. Potong atau koyak kan roti putih
3. Kemudian, tuang kan secawan susu segar ke atas roti tersebut
4. Biar kan  seketika campuran roti dan susu tersebut dalam 5-8min
5. Lepastu hancurkan campuran roti dan susu sampai lumat
6. Campurkan roti+susu yang dilumat, bahan-bahan perasa kedalam ayam yang dicincang halus
7. Kemudian Gaulkan ia sampai rata atau sebati
8. Ambil loyang atau periuk yang boleh diguna kan untuk mengukus, sapukan minyak masak terdahulu kemudian masuk kan bahan yang kita sudah gaul sampai sebati
9. Kukus kan selama 25 ke 30 minit. Kemudian, dibiar kan sejuk sebentar
10. Setelah sejuk, boleh lah dipotong mengikut kreativiti anda
11. Kacau telur dalam satu mangkuk. Dalam satu mangkuk lagi campurkan tepung gandum dengan tepung beras
12. Masuk kan potongan ayam yang dikukus tadi kedalam telur yang dipukul kemudian dipindahkan pula ke dalam tepung
13. Selepas itu masukkan semula kedalam telur. Kemudian, masukkan kedalam serbuk roti. Gaul dalam serbuk roti sampai serbuk roti menyaluti penuh potongan ayam tersebut
14. Ulang step 12-13 sampai habis potongan ayam yang direbus
15. Susun potongan ayam yang siap disaluti dengan serbuk roti dalam bekas. Kemudian, simpan dalam freezer semalaman
16. Ke-esokkan hari nya boleh la anda goreng
17. Siap!!

Senang je kan untuk buat nugget sendiri ni. Anda boleh la cuba dirumah. Boleh juga anda tukar daging ayam kepada daging lembu atau kambing kita  tengok macamana pergi die. Kalau sedap boleh buat jual. sekarang 1 cucuk nugget ayam pon dah seringgit. hehe

0 Response to "Resepi Homemade Nugget Ayam "

Post a Comment