Resepi Asam Pedas Ikan Pari - Melaka mari

Bahan-bahannya :

1. Ikan pari
2. 1/2 sudu kecil serbuk kunyit3. 4 batang daun kesum4. 1 kuntum bunga kantan5. Air asam jawa6. 2 cawan air7. 5-6 batang bendi8. Garam9. Serbuk perasa (jika suka)
Bahan kisar :
1. Bawang besar
2. Bawang putih
3. Cili kering (direbus)

Cara-cara nya :

1. Panaskan minyak. Ambil 6-7 sudu besar bahan yang telah di kisar. Tumiskan sehingga pecah minyak dan sedikit garing.
2. Setelah garing, masukkan air asam jawa, garam dan serbuk kunyit serta serbuk perasa.
3. Kemudian masukkan ikan. Tunggu sehingga ikan sedikit lembut.
4. Masukkan bunga kantan, daun kesum dan air. Tunggu sehingga air menggelegak.
5. Akhir sekali masukkan bendi.
6. Bila bendi dah lembut, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Nota:
Kalau nak kuah yang pekat, boleh lebihkan bahan kisar.


Kredit: Buat Orang Lapo

0 Response to "Resepi Asam Pedas Ikan Pari - Melaka mari"

Post a Comment