Korang ingat mudah ker nak buat bawang goreng? Nampak jer senang tapi kalau tak tahu tekniknya, bawang itu akan menjadi lembab atau terlalu garing hingga rasa pahit. Kerana itulah selama ini Kjee hanya beli bawang goreng yang dah siap. Buat sendiri (DIY) selalu gagal.
Mudah dan murah kan beli yang dah siap. Tetapi kalau mereka yang dah biasa DIY bawang goreng, pasti korang tak minat pada bawang goreng yang sudah siap dijual itu.
Satu kerana ia dilumur dengan tepung sebelum digoreng. Dan dua, Kjee tak pasti samada bawang goreng yang dijual itu, mereka guna 100% bawang. Kekadang Kjee rasa lebih tepung daripada bawang.
Untuk buat bawang goreng, korang harus pilih bawang yang segar dan tidak rosak. Hari tu Kjee nasib baik dapat bawang ros yang comel2 dan nampak sangat cantik dan segar.
Untuk buat bawang goreng, bawang itu langsung tidak boleh kena air. Air akan menyebabkan bawang goreng jadi lembab dan susah nak garing.
Waktu mengupasnya, Kjee gunakan tissue dapur atau kitchen towels untuk mengelap bersih bawang sebelum dibuang kulitnya. Kemudian baru dihiris atau mayang. Jangan terlalu halus tetapi janganlah terlalu kasar.
Setelah semua bawang dimayang, Kjee letak atas tissue dapur sekali lagi untuk menggeringkannya seketika. Jangan jemur di tempat yang bercahaya panas matahari. Itu tidak akan menggeringkan bawang tetapi membuatnya lembab.
Lecehnya? Hah ini baru separuh jalan jer tau. Hehehe.
Selepas dirasakan bawang itu sudah hilang sedikit kelembapannya, barulah dipanaskan minyak dalam kuali. Kjee guna minyak gorengan yang banyak sebab selepas itu, minyak tersebut Kjee sejukkan dan simpan. Kjee gunakan minyak ini goreng sayur atau untuk menumis . Lebih wangi hasilnya.
Apabila minyak sudah cukup panas, masukkan bawang ke dalam minyak, gunakan api sederhana dan tunggu depan kuali. Jangan ditinggalkan untuk buat kerja lain. Masa menggoreng agak lama. Kjee tidak dapat pastikan berapa minit. Terserah kepada kepanasan minyak dan suhu api. Balik2kan setiap 2 atau 3 minit, perlahan2.
Apabila nampak warna bawang sudah mula keperang2an, perlahankan api dan balik2kan dengan pantas. Ketika ini, sudah tersedia bekas yang dialas dengan surat khabar dan tissue dapur.
Jangan tunggu hingga bawang kelihatan terlalu garing. Apabila sudah nampak ala2 golden brown, segera padam api dan keluarkan. Ratakan diatas bekas berlapik kertas dan tisu dapur. Ratakan nipis2 supaya ia cepat sejuk.
Elok jugak kalau diacukan kipas angin ke arah bawang goreng itu untuk membantu proses penyejukkan. This is to stop the cooking prosess. Ia akan berterusan masak/menjadi garing kalau kita tidak teliti menyejukkannya. Akibatnya, bawang goreng jadi pahit!
Selepas sejuk, Kjee alihkan ke dulang berlapiskan surat khabar dan tisu dapur yang lain. Ini untuk memastikan penyerapkan minyak berlebihan, lebih sempurna.
Kemudian apabila sudah puas hati ia sudah benar2 sejuk (lebih kurang ½ jam disejukkan), sediakan bekas/botol yang terlebih dulu dialaskan tisu dapur di bahagian bawah dalam bekas/botol. Masukkan perlahan2 ke dalam botol. Pastikan botol kedap udara.
Buatlah sendiri. Bawang goreng yang dibeli tidak boleh menandingi kemanaisan bawang goreng DIY.
Selamat mencuba.
Kredit tips dan penulisan daripada http://www.dapurkakjee.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Belajar buat bawang goreng sendiri"
Post a Comment