Resepi ikan sardin buat sendiri

Siapa yang suka makan sardin dalam tin, kalau anda nak tahu makan banya makanan dalam tin tidak beberapa elok sebenarnya. So, disini kami ingin kongsi kan bersama bagaimana untuk menyediakan hidangan sardin buat sendiri atau DIY.

Bahan-bahan :

1. Ikan Kembong/Selayang/Sardin
2. Bawang besar diracik halus
3. Cili Boh 2 sudu
4. Totamto biji dan Tomato puri
5. Sos Ikan@sos sotong
6. Garam
7. Kicap barang sesudu

Cara-cara nya :


1. Buang kepala dan ekor ikan siap-siap. Kalau nak letak jugak kepala dia terserah. Tapi nak nampak real, buang terus.
2. Tumis bawang dan cili boh seketika.
3. Lepas tu masukkan tomato puri, tomato buah, sos ikan, garam sikit sesedap rasa korang.
4. Kalau pekat sangat, sila masukkan secawan air. Jangan cair tau.
5. Ikan yang dah dibasuh bersih, susun dalam periuk. Pakai periuk renih sup biasa jer, yang beli untuk buat bubur nasi anak anak tu jer. Pakai periuk mak korang yang biasa tu pun boleh. Tapi api kena perlahan dan kena selalulah jengok kalau periuk biasa ni. Tu jer beza dia.
6. Masukkan kuah dalam periuk ikan yang sedang bersusun tadi. Set periuk kat 'high'. Dalam 3 jam dah masak dengan jayanya.

***Extra tips - kalau tulang ikan anda boleh makan dengan jaya nya maksud nya anda telah berjaya menyediakan sardin sendiri


Kredit resepi ini kpd Tengku Khalidah Tengku Bidin

0 Response to "Resepi ikan sardin buat sendiri"

Post a Comment