Bahan-bahannya :
2. 2 biji bawang besar - di kisar
3. 10 biji bawang putih - di kisar
4. 5 inci halia - di kisar
5. 2 inci halia - di mayang halus
6. 2 biji bawang putih - di mayang halus
7. 8 biji bawang merah - di mayang halus
8. 2 peket kecil rempah sup
9. 4 inci lengkuas diketuk sekali
10. 2 peket sup bunjut tulang
11. 4 batang daun sup(cuci bahagian akar hingga bersih)
12. air
13. minyak untuk menumis
Cara-caranya :
1.Tumis bahan-bahan yg dimayang halus sehingga naik baunya,kemudian masuk bahan sup,sup bunjut,bahan kisar kacau rata hingga kekuningan.
2.Bancuh rempah sup dengan air dan tumis hingga keluar minyak.
3.Masukkan tulang dan daging hingga keluar airnya dan hilang warna darahnya.
4.Keluarkan sup bunjut.buka ikatan sup bunjut dan blender bahan-bahan rempah,isi air penuh blender sehingga 3x.
5.Masukkan lengkuas dan batang sup.
6.Tambah air secukupnyer,masak sehingga 2 jam atau sehingga daging benar-benar empuk.
7.Setelah daging empuk baru dimasuk garam dan perasa.
8.Taburkan hirisan daun bawang dan bawang goreng.
9. Sudah boleh dimakan.
Cuba la.
0 Response to "Resepi Sup Tulang dari Utara"
Post a Comment