Resepi Udang masak butter atau butter prawn

Ini adalam resepi untuk menyediakan udang masak butter yang ada kuah sikit. Ada dua jenis masakan udang butter ni. 1 ada kuah & lagi satu takde kuah.
hiasan
Bahan-bahan nya :

1. Udang
2. Cili padi
3. Bawang putih
4. Daun kari
5. Lada sulah
6. Garam
7. Daun kari
8. Minyak masak
9. Butter
10. Kuning telur
11. Susu cair


Cara-Cara nya :

1. Mula-mula bersihkan udang. Peram udang dengan sedikit garam dan lada sulah. Biarkan seketika
2. Mula-mula kita buat dulu serdak telur kuning dulu.
3. Ambil kuali. Masukkan minyak dan butter. Panaskan minyak.
4. Kacau kuning telur hingga sebati
5. Bila minyak dan butter sudah panas, masukkan telur kuning. pastikan guna api sederhana. sambil masukkan kuning telur sambil kacau minyak tu supaya dapat serdak yang betul-betul cantik. - proses ini kena menggunakan kedua2 belah tangan

6. Kacau laju-laju tapi pastikan semuanya dalam kawalan
7. Angkat dan toskan
8. Gunakan minyak tadi untuk menggoreng udang
9. Goreng udang separuh masak sahaja
10. Angkat dan toskan
11. Tumbuk cili padi dan bawang putih
12. Masih menggunakan minyak tadi
13. Tumis rempah tumbuk tadi bersama daun kari
14. Masukkan setengah cawan susu cair
15. Masak sampai mendidih
16. Masukkan udang tadi

17. Kacau sampai rata & padam api
18. Bubuh dalam pinggan. Taburkan serdak telur tadi dan hidangkan!

0 Response to "Resepi Udang masak butter atau butter prawn"

Post a Comment