Dulu admin pernah meniaga aiskrim goreng ni ketika belajar di U tempatan. Satu admin jual RM3 tak silap. Banyak untung dapat daripada hasil jualan selama sebulan tu. Kalau nak cuba buat aiskrim goreng ni cuba la. Senang saja. Bahan dan cara ais krim goreng rangup dan sedap seperti dibawah
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Roti petak - apa brand pon takpe
- Ais krim - apa-apa perisa pon boleh
- Minyak masak
Cara-cara nya :
- Ambil sekeping roti dan letak aiskrim ditengah-tengah roti tu
- Lepas tu ambil sekeping roti lagi dan letak diatas roti pertama yg diletak aiskrim tu
- Ambil cawan plastik dan tekan ditengah-tengahnya - untuk memotong lebihan roti setelah diletakkan ais krim
- Maka jadi bentuk bulat
- Klimkan ditepi roti supaya melekat dan ais krim tidak dapat mengalir keluar
- Masukan dalam plastik atau bekas. Kemudian simpan dalam petiais beku selama 4 jam
- Aiskrim selepas di bekukan
- Panaskan minyak , betul-betul panas, kemudian masukan roti aiskrim tu. Kemudian tutup api, goreng sehingga kekuningan
- Angkat dan toskan dalam penapis
- Siap
0 Response to "Resepi Aiskrim Goreng yang rangup"
Post a Comment