Resepi Ayam Masak Kerutuk

Masak kerutuk adalah antara masakan istimewa di Malaysia. Selalu nya kita dapat makan masakan kerutuk ni di kenduri kahwin, di hari raya dan hari-hari istimewa lain. Kerutuk juga selalu didapati dengan ayam atau lembu. Resepi yang akan kami kongsi kan ini ialah resepi ayam masak kerutuk.

sumber google
Bahan-bahan nya :

  1. 1 cawan santan
  2. 2 sudu kerisik
  3. 7 tangkai cili kering - rebus
  4. 6 ulas bawang merah
  5. 3 ulas bawang putih
  6. 2 cm halia
  7. 1 batang serai
  8. Rempah 4 sekawan - cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
  9. Setengah bungkus rempah kerutuk adabi
  10. Setengah bungkus rempah kari adabi
  11. Air
  12. Minyak
  13. Garam
  14. Gula melaka
  15. Ayam

Cara-cara nya :
  1. Bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili kering di blend sekali
  2. Panaskan kuali, masukkan minyak, tumis bahan yang dikisar
  3. Masukkan sekali rempah 4 sekawan, kemudian masukkan gula melaka
  4. Bila bahan dah garing, masukkan rempah kari dan rempah kerutuk. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau
  5. Selepas itu masukkan ayam
  6. Gaulkan sebati kemudian masukkan kerisik dan santan
  7. Kacau sampai pekat dan agak kering dan dimasukkan garam secukup rasa.
  8. Rasa sedikit masakan, kemudian hidangkan
  9. Siap!
Okay. Jom kita cuba. bahan nya banyak tapi langkah nya mudah sahaja. Boleh dihidang untuk makan tengah hari atau pon malam. 
.

0 Response to "Resepi Ayam Masak Kerutuk"

Post a Comment