Resepi Kuih Seri Muka

Di Malaysia ada pelbagai jenis kuih-muih yang sedap dan unik. Resepi-resepi kuih muih Malaysia la patut kita jaga dan kongsikan bersama supaya Kuih tradisi kita tidak pupus ditelenggami zaman. Resepi kali ini adalah resepi kuih seri muka yang lazat.

Gambar carian google
Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. Lapisan pulut :
    1. 3 cawan santan cair - santan yang dicampur sedikit air
    2. 1 sudu kecil garam
    3. 500 gram beras pulut - rendam 30 minit
    4. 2 sudu kecil minyak masak
    5. Daun pandan - simpulkan
  2. Lapisan pandan :
    1. 2 cawan santan pekat 
    2. 150 ml pandan extract - blend 20 daun pandan + setengah cawan air
    3. Air gula special - didihan 2 cawan gula kastor + 1 cawa air + daun pandan 
    4. Adunan telur - blend kan sekali semua bahan-bahan dibawah
      1. Setengah cawan tepung gandum
      2. 8 biji telur
      3. 6 sudu kecil tepung jagung
      4. Secubit garam
      5. Beberapa titik pewarna hijau

Cara-cara menyediakan nya :

  1. Lapisan pulut :
    1. Campur kan semua bahan lapisan pulut dan kukus selama 20 minit atau masak dalam microwave selama 12 minit. Sementara pulut dikukus, sediakan lapisan pandan
  2. Lapisan pandan :
    1. Gunakan api kecil 
    2. Panaskan santan pekat dan pandan extract 
    3. Campurkan sekali dengan air gula special dan adunan telur
    4. Tidak perlu masak sampai likat, cukup sampai ber wap sahaja.
    5. Apabila sudah berwap, boleh la  tutup api
  3. Langkah akhir
    1. Sedia kan loyang, tuangkan lapisan pulut sehingga separuh loyang dengan rata
    2. Kemudian tuang lapisan pandan tadi di atas lapisan pulut separuh penuh
    3. Kukus selama 45 minit dengan menggunakan api sederhana
    4. Cukup 45 boleh la potong petak dan dihidang kan
    5. Siap!! 

**Sedikit tips

  • Bungkus penutup kukus dengan kain agar air tak menitik
  • Pastikan suhu air kukusan tidak terlalu panas

Selamat mencuba.

Credit resepi asal : Syarifah Ezdiani

0 Response to "Resepi Kuih Seri Muka "

Post a Comment