Resepi Ayam Masak Serai

Masakan kali ini agak lain dari norma sedikit. Susah nak jumpa dimana-mana restoran makanan. Masakan ini punya la senang nak buat, udah la senang, sedap pula tu. Masakan ayam masak serai ni sangan sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi minyak atau pun ketupat. Ingin tahu bagaimana nak buat ayam masak serai ini. Mari kita tengok resepi ayam masak serai ini.

Sumber Google
Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. Setengah atau seekor ayam - Potong 14 atau 12
  2. 2 batang serai - dititik
  3. 6 biji limau kasturi - diperah jus
  4. 4 helai daun limau purut
  5. 1 cawan susu sejat
  6. 1 cawan air
  7. Garam 
  8. Gula
  9. Bahan-bahan kisar halus
    1. 8 biji bawang merah
    2. 5 ulas bawang putih
    3. 1 inci lengkuas - dibakar dahulu
    4. 1 inci halia - dibakar dahulu
    5. 3 biji buah keras
    6. 10 biji cili merah
    7. 5 biji cili padi - kalau tak makan pedas tidak perlu pon tidak mengapa
    8. 2 batang serai - dihiris halus dahulu
    9. Setengah inci kunyit hidup - dibakar dahulu
  10. Daun bawang - potong halus untuk hiasan

Cara-cara nya :

  1. Ayam dicuci bersih, lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian digoreng separuh masak - Tos dan angkat dahulu
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama 2 batang serai dititik dan daun limau purut hingga harum dan minyak naik - dalam api sederhana
  3. Masukkan ayam, gaul rata dan tuang susu sejat dan air. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan gula
  4. Masak hingga pekat dan tambah jus limau kasturi, gaul rata dan biar masak selama 1 ke 2 minit
  5. Rasa sedikit harus ada rasa masam-masam manis dan haruman serai serta limau kasturi. Jika jika semua sudah ok, boleh matikan api
  6. Angkat dan hias dengan daun bawang
  7. Siap!!
Senang sahaja kan. Apelagi, jom la cuba.

0 Response to "Resepi Ayam Masak Serai"

Post a Comment