Resepi Cili Hijau Masak Tempoyak

Bagi penggemar tempoyak, masakan ini bukan sahaja sedap tapi senang yang amat la sangat. Tak percaya, mari kita tengok langkah-langkah menyediakan cili hijau masak tempoyak ini.

Gambar carian google

Bahan-bahan nya ialah :

  1. 1 genggam ikan bilis - direndam 10 minit, cuci dan tos kan
  2. 1 biji bawang besar - hiris
  3. 2 ulas bawang putih - hiris halus
  4. 1 keping asam gelugor
  5. 2 sudu besar tempoyak
  6. 2 batang serai - dititik
  7. 10 bii cili hijau - hiris
  8. Setengah sudu kecil serbuk kunyit
  9. Setengah cawan air
  10. Garam 

Cara-cara membuatnya :

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, serai dan cili hijau hingga layu, masukkan ikan bilis, serbuk kunyit dan tuangkan air
  2. Masukkan asam gelugor dan tempoyak, kacau hingga rata 
  3. Tambah garam secukup rasa, kecilkan api dan masak hingga pekat
  4. Padam kan api dan hidang kan
  5. Siap
Masakan ini sedap dimakan dengan nasi putih bersama ikan goreng biasa. Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Cili Hijau Masak Tempoyak"

Post a Comment