Resepi Maggi Goreng Seafood campak-campak siap!

Ha. Tajuk sudah bikin gempak kan. Kenapa la kami pakai tajuk macam tu. Sebab resepi ni ringkas sangat. Main campak je semua bahan dalam kuali. Lepas tu siap. Resepi apa?. Resepi Maggi goreng seafood.

Sumber google
Resepi ni di inspirasikan daripada satu kedai makan di Pulau-Penang. Nama restoran tu kami lupa la pula. Tapi Resepi nya tidak akan hilang dalam ingatan. Jom kita tengok.

Bahan-bahan nya :

  1. 1 ke 3 bungkus mee maggi perisa kari - perencah hanya guna satu sahaja
  2. 1 setengah sudu besar cili kisar - ikut anda la nak kurang kan atau banyak kan lagi
  3. 1 sudu besar sos cili
  4. Setengah sudu besar sos tiram
  5. Sayur sawi atau salad - cuci dah potong
  6. 1 genggam taugeh - cuci
  7. 1 genggam isi kerang
  8. 4 ekor udang harimau -dibersihkan
  9. 1/3 cawan air
  10. 3 biji bawang merah - dihiris
  11. 2 ulas bawang putih - dicincang halus

Cara-cara nya :
  1. Mee maggi dicelur hingga lembut tapi jangan sampai kembang, tos dan gaulkan dengan sedikit minyak masak
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing, Guna api kecil dan kacau sentiasa
  3. Masukkan sos tiram, sos cili dan 1 paket perencah kari maggi, kacau rata dan tuang air. Bila mendidih, tambah isi kerang dan udang 
  4. Masak hingga udang berubah warna dan bahan tumisan pekat
  5. Masukkan mee maggi yang dicelur tadi 
  6. Kacau hingga rata 
  7. Masukkan daun salad atau sawi dan taugeh. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api 
  8. Hidangkan
Maggi goreng seafood ini sedap dimakan bersama telur mata kerbau & cili jeruk. Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Maggi Goreng Seafood campak-campak siap!"

Post a Comment