Resepi Pucuk Paku Goreng Belacan yang Lazat

Pucuk paku sangat sinonim dalam Malaysia kerana ia merupakan sayur kampung yang mudah didapati di Malaysia. Tumbuh merata di ladang kelapa sawit terutamanya di kawasan bertanah gambut. Resepi pucuk paku goreng belacan ini pon sangat mudah macam hendak mencari pucuk paku itu sendiri. Jom try.

sumber google

Bahan-bahan nya :

  1. 2 ke 4 cekak pucuk paku
  2. 1 biji bawang besar - hiris halus
  3. 1 biji bawang besar - bahan rencah
  4. 3 ulas bawang putih - bahan rencah
  5. 2 biji cili hijau - bahan rencah
  6. 1 biji cili merah - bahan rencah
  7. 2 sudu besar ikan bilis -rendam dalam 10 minit, cuci dan toskan bahan rencah
  8. Setengah inci belacan - bahan rencah
  9. 1 sudu kecil garam kasar - bahan rencah
  10. kicap cair
  11. Gula
  12. Setengah cawan air

Cara-cara nya :

  1. Asingkan daun pucuk paku dari tangakinya, cuci dan toskan
  2. Tumbuk lumat bahan rencah dan ceduk keluar dari lesung batu. Tuang setengah cawan air dalam lesung, cuci dan ambil airnya (air lesung) dan Ketepikan
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan rencah tadi hingga harum, masukkan air lesung dan bawang besar hiris. Kacau rata
  4. Bila mendidih, masukkan pucuk paku kemudian besarkan api dan kacau laju
  5. Tambah secubit gula dan kacau rata. Rasa dan jika kurang masin, tambah kicap cair, kacau lagi dan bila sayur layu, boleh matikan api
  6. Hidang kan bersama lauk lain dengan nasi putih
Selamat mencuba yer.

0 Response to "Resepi Pucuk Paku Goreng Belacan yang Lazat"

Post a Comment