Resepi Pad Thai yang Mudah

Siapa yang pernah makan Pad Thai ni mesti tahu kesedapan dia. Tambah-tambah lagi kalau anda rasa masakan di Negara Thailand. Siapa yang mengidam pad Thai tapi tidak tahu nak cari dekat mana. Jangan risau, kami akan kongsi kan resepi pad Thai original Thailand.

Kredit SEISMIK MAKAN
Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. Bahan-bahan sos atau paste pad Thai :
    1. Suku cawan air asam jawa
    2. Suku cawan sos ikan
    3. 3 sudu besar cili kisar
    4. 3 sudu besar gula
    5. 1 sudu kecil garam
  2. Bahan-bahan selebihnya :
    1. Setengah biji tauhu
    2. 1 biji bawang besar - hiris
    3. 3 ulas bawang putih - hiris
    4. 10 ekor udang
    5. 150 gram mee pad thai - rendam
    6. 1 biji telur
    7. Daun bawang
    8. Taugeh
  3. Bahan-bahan topping :
    1. Limau nipis
    2. Kacang goreng kisar
    3. Chili flakes
    4. Daun ketumbar

Cara-cara masak :

  1. Gaul kesemua bahan sos pad thai
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng tauhu
  3. Tumis bawang besar dan bawang putih
  4. Masukkan udang dan tumis hingga masak
  5. Masukkan mee pad thai dan gaul
  6. Masukkan sos pad thai dan gaul rata
  7. Masukkan daun bawang dan taugeh kemudian kacau lagi
  8. Pecahkan telur ke dalam kuali. Apabila sudah masak, hancurkan dan gaul
  9. Hidangkan pad thai bersama limau, kacang goreng kisar, chili flakes dan daun ketumbar
Siap pon. Kredit kepada SEISMIK MAKAN

0 Response to "Resepi Pad Thai yang Mudah"

Post a Comment