Resepi Telur Bistik yang ringkas sedap dimakan begitu saja

Telur bistik ni kalau kita order di kedai makan bila sampai kat kita mesti kita ingat susah juga nak buat telur bistik ni kerana rasa dan rupa nya yang lazat. Tapi sebenar nya sangat mudah untuk menyediakan telur bistik ni, siapa-siapa pon boleh buat. Jom kita cuba buat kalau tidak percaya.

Credit TiffinBiru
Bahan-bahan nya :

  1. suku cawan daging cincang
  2. 1 biji bawang besar - potong dadu
  3. 2 ulas bawang putih - cincang
  4. Setengah inci halia - cincang halus
  5.  5 biji cili padi - cincang halus
  6. Suku  cawan mix vege 
  7. 1 sudu besar sos tiram
  8. 1 sudu besar sos tomato
  9. 1 setengah sudu besar sos cili
  10. Setengah kiub pati daging lembu
  11. Air
  12. Sos ikan
  13. Cili merah - hiasan
  14. Hirisan daun bawang - hiasan
  15. 3 biji telur - dipukul
  16. 1 sudu besar mayonnaise
  17. Serbuk lada hitam

Cara-cara nya :

  1. Panaskan mintak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan halia hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata
  2. Tambah kiub daging dan juga daging cincang. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masak sekejap
  3. Masuk sos cili dan sos tomato, kacau rata masak dengan api kecil hingga pekat. Tambah mix vege, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika kurang masin, renjis dengan sedikit sos ikan. Gaul rata dan matikan api. Ketepikan
  4. Satukan telur dengan mayonnaise dan serbuk lada hitam. Kacau rata dengan whisk. Panaskan non-stick pan bersaiz 8 atau 9 inci dengan sedikit minyak. Kemudian anda goreng dadar telur tadi hingga masak dan keemasan. Alih ke dalam pinggan sesuai
  5. Tuang step no 3 atas telur dadar tadi dan ratakan. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah yang didadu kecil tadi. Hidangkan segera bersama nasi hangat
Kredit resepi = tiffinbiru.com

0 Response to "Resepi Telur Bistik yang ringkas sedap dimakan begitu saja"

Post a Comment