Resepi Kuih Pau Sambal yang Lembut & Rangup sikit

Pau sambal jangan disilap dengan pau yang mainstream yang warna putih inti dalam nya tu. Ini makanan kebanyakkan popular dikalangan Melayu Malaysia. Orang Malaysia selalu buat kuih pau sambal ni sebagai makanan pagi atau pon petang. Tapi jangan ingat ia hanya sesuai untuk dibuat makanan pagi sahaja. Ia sesuai untuk dimakan setiap waktu. Jom kita tengok resepi kuih pau sambal ini.
Sumber Google
Bahan-bahan nya :

  1. 1 setengah cawan tepung gandum
  2. 1 sudu besar gula halus
  3. 2 sudu besar susu tepung
  4. 1 setengah sudu besar mentega 
  5. Suku sudu kecil garam halus
  6. 100 ml air 
  7. Sambal tumis 
  8. Hirisan timun 
  9. Bahan-bahan dicampur sekali
    1. 1 suku sudu kecil instant yeast
    2. Setengah sudu besar gula halus
    3. 50 ml air suam

Cara-cara nya :

  1. Masukkan kesemua bahan-bahan dicampur sekali ke dalam mangkuk kecil, kacau rata dan biarkan 5 minit hingga berbuih-buih. Sementara itu, dalam mangkuk pengadun, satukan tepung gandum, gula halus, garam halus dan susu tepung. Gaul hingga rata. Tambah mentega dan gaul hingga rata
  2. Buat lubang ditengah-tengahnya, tuang bancuhan ragi dan gaul perlahan. Tambah air (100 ml) sedikit demi sedikit sambil digaul hingga adunan menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk. Dan tak perlu ditambah air lagi. Uli hingga doh licin
  3. Bahagikan doh kepada 10 bahagian sama besar, bulat-bulatkan dan tekan sedikit. Susun dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak makan, jarakkan susunan. Tutup permukaannya dengan plastik bersih dan biarkan 1 jam hingga kembang
  4. Panaskan minyak untuk goreng terendam, pastikan minyak jangan terlalu panas, guna api sederhana. Goreng pau tadi dan balik-balikkan agar masak sekata. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan minyaknya
  5. Belah dua tapi tak putus setiap biji kuih pau tadi. Sapukan dengan sambal tumis dan taruk sekeping hirisan timun
  6. Siap untuk dihidang kan
Selamat mencuba. 

0 Response to "Resepi Kuih Pau Sambal yang Lembut & Rangup sikit"

Post a Comment