Resepi Korean Jajangmyun

Lagi Satu resepi masakkan Korea yang mudah dan sedap. Resepi Jajangmyun. Semua rasa ada. Cuba la

Gambar carian google


Bahan-bahan nya :

  1. 600 gram mie basah
  2. 100 gram daging lembu
  3. 2 biji bawang bombai
  4. Separuh buah Zukini
  5. 2 biji kentang
  6. 1 sudu besar gula pasir
  7. 4 sudu besar air sagu
  8. 2 gelas air
  9. 7 sudu besar minyak
  10. 6 sudu besar sos Jajangmyun yang disebut Chunjang - ada dijual di Jaya Grocer 
Cara membuat sos jjajangmyun :

  1. Sos jjajangmyun dibuat dari pes kacang soya hitam yang disebut chunjang yang ditambah dengan bawang merah cincang, Zukini dan daging merah atau makanan laut. 
  2. Ketika memasak sos biasanya ditambah cornstarch (sejenis pati yang diperbuat daripada tepung jagung) agar sos jadi kental. 
  3. Pes kacang soya (chunjang) dibuat dari kacang soya yang dipanggang (dibakar). 
  4. Oleh kerana itu, jajang mengandung arti sos yang digoreng walau sebenarnya sos dimasak dengan cara direbus.
Cara-cara membuat jjajangmyun :

  1. Potong daging
  2. Potong dadu bawang bombai, kentang, dan Zukini
  3. Goreng sos Jajangmyeon dengan 6 sudu besar minyak
  4. Panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak lalu goreng bawang bombai
  5. Kemudian masukkan daging lembu, Zukini, dan kentang
  6. Setelah bahan-bahan itu kelihatan masak masukkan sos yang sudah digoreng
  7. Kacau supaya sama rata lalu tuangkan air sagu
  8. Setelah dididihkan selama 5 minit mati kan api dapur
  9. Rebuslah mee dan tos kan air
  10. Sediakan mee dalam mangkuk
  11. Tuang la kuah/sos jjajangmyun keatas nya
  12. hidang kan
  13. Siap

0 Response to "Resepi Korean Jajangmyun"

Post a Comment