Resepi Tteokbokki - Masakan Korea

Tteokbokki ni dalam bahasa melayu nya ialah kek beras masak pedas. Sangat popular di Korea. Kami akan share kan bagaimana untuk menyediakan Tteokbokki ni. Senang sahaja.

Gambar Google
Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. 500gram Sticky Rice Sticks Cake -  boleh beli di Jaya Grocer atau market Korea
  2. 1 Bawang - hiris
  3. 3 Bawang hijau - potong panjang
  4. 1 paket daripada Shimeji Cendawan - 200gram
  5. 3 cawan air
  6. 1 paket Dashi - ikan bilis dan kelp
  7. 3 Sudu besar gochujang - Korean hot pepper paste
  8. 1 sudu besar cili flakes
  9. 1 sudu besar Corn Syrup - atau gula
  10. 1 sudu besar sos soya - kicap
  11. 3 sudu besar madu
  12. 200 gram Mozzarella Cheese
Cara-Cara menyedikan nya :

  1. Rebus air dalam periuk, tambah Dashi, gochujang dan Chili Flakes
  2. Masukkan Rice Cake, bawang, bawang hijau, corn syrup, kicap, madu. Kacau perlahan-lahan selama 5 minit
  3. Masukkan Shimeji, dan kacau sehingga 10 minit, atau sehingga sos pekat dan melembutkan rice cake
  4. Panaskan ketuhar kepada 250°C, 
  5. Parut beberapa keju Mozarella di atas tteokbokki, dan dimasukkan ke dalam ketuhar selama 5 – 10 minit, atau hanya sehingga keju cair
  6. Keluarkan dari ketuhar
  7. Hidang kan semasa ia masih lagi panas. Sangat Sedap dan Pedas
Selamat Mencuba


0 Response to "Resepi Tteokbokki - Masakan Korea"

Post a Comment