Resepi Ramen Korea Homemade

Arini mood nak share resepi makanan Korea la. Jom kita tengok bagaimana nak buat homemade Korean ramen noodles atau ramen korea homemade. 

gambar hiasan dari google
Bahan-bahan nya ialah :

  1. 200 gram Mee ramen yang sudah direbus
  2. Bahan Kuah Ramen Korea :
    1. 3 batang sawi hijau - potong 
    2. 100 gram daging sukiyaki
    3. 2 ulas bawang putih - cincang halus 
    4. 1 sudu besar sos sambal
    5. 1 sudu besar kicap
    6. 1 sudu besar minyak ikan
    7. 1 sudu besar minyak bijan
    8. 1 sudu besar minyak goreng
    9. Suku sudu kecil lada serbuk
    10. Setengah sudu kecil cili merah serbuk
    11. 1 cm halia - haluskan
    12. 5 cili merah - haluskan
    13. 2 cili merah besar - haluskan
    14. Garam secukup rasa
    15. 600 ml pati ayam
    16. 1 sudu kecil tepung meizena - larutkan dengan air sedikit
  3. Bahan hiasan :
    1. Telur rebus
    2. Daun bawang
Cara-cara nya :

  1. Tumis bahan yang dihaluskan dengan minyak goreng dan minyak bijan hingga wangi
  2. Masukkan daging sukiyaki kedalam tumisan, kacau hingga berubah warna
  3. Tuang pati ayam lalu masukkan semua bahan lain kemudian masukkan tepung meizena yang sudah dilarutkan dengan air, tunggu hingga mendidih
  4. Selepas kuah mendidih, masukkan mee ramen kedalam kuah, kacauk hingga rata
  5. Hidangkan ramen kedalam mangkuk 
  6. Siap!
Senang je nak buat resepi ramen Korea homemade ni kan?

0 Response to "Resepi Ramen Korea Homemade"

Post a Comment