Resepi Kuih Bahulu Tradisional

Kuih bahulu sangat terkenal terutamanya ketika hari raya atau hari-hari keramaian. Kuih bahulu ada 3 jenis iaitu bahulu kecil atau cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Resepi yang ingin kami kongsikan adalah resepi kuih bahulu kecil atau cermai.

Bahulu cermai ni la yang selalu ada orang jual kat kedai tu. Atau yang selalu kita makan. Gambar dan resepi ade dibawah. Selamat mencuba.
Gambar sebagai hiasan
Bahan-bahan nya :

1. 10 biji telur
2. 600 gram gula
3. 600 gram tepung

Cara-cara nya :

  1. Jemur tepung kalau nak dapatkan tekstur bahulu yang ringan dan gebu. Kalau nak cepat bakar tepung dalam oven selama 10 minit sehingga tepung kekuningan kemudian ketepikan
  2. Buat proses yang sama untuk gula. Jemur atau bakar dalam oven 10 minit kemudian ketepikan
  3. Dalam bekas yang besar pukul telur sehingga berbuih kemudian masukkan gula. Teruskan memukul sehingga adunan telur tadi bertukar warna menjadi putih.
  4. Sambil kita pukul telur tu boleh la kita panaskan oven atau pun dapur gas. Suhu yang sesuai untuk membakar kuih bahulu ni adalah lebih kurang 180cc sehingga 200cc. 
  5. Masukkan tepung yang dijemur tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.
  6. kacau sehingga sebati.
  7. Masukkan minyak ke dalam acuan kuih bahulu dan masukkan ke dalam oven selama 10 minit. Kemudian buangkan minyak tadi dan acuan tadi sedia untuk digunakan.
  8. Ambil sesudu adunan dan masukkan ke dalam acuan. Pastikan adunan tidak terlalu penuh
  9. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 10 minit.
  10. Bila dah nampak permukaan kuih tadi agak kekuningan maka bolehlah dikeluarkan.
  11. Dah siap untuk dimakan.
Senang je kan nak buat bahulu ni. Ape lagi, raya nanti tak payah la beli kat kedai dah. buat sendiri je bahan pon tak banyak guna. 

0 Response to "Resepi Kuih Bahulu Tradisional"

Post a Comment