Resepi Nasi Minyak

Kami dah kongsi resepi ayam masak merah kan sebelum ini?. Lauk ayam masak merah la sedap dimakan dengan nasi minyak ni. Jom makan tengah hari harini kita makan 2 resepi yang di kongsi oleh "resepi malaya turun-temurun".
Gambar kredit kpd Umimans
Bahan-bahan nya :
  1. 3 cawan beras basmathi
  2. 3 cawan air
  3. 1 cawan susu sejat
  4. Setengah  cawan kismis
  5. 2 helai daun pandan, siat 2 dan simpul
  6. 1 batang serai
  7. 1 inci halia di hiris kasar
  8. 4 ulas bawang merah di hiris
  9. 2 ulas bawang putih di hiris
  10. 2 sudu besar minyak sapi
  11. 1 sudu besar minyak jagung
  12. Setengah sudu teh garam
  13. Biji Gajus - Goreng la dulu yer
  14. Pewarna kuning telur
  15. 2 batang kulit kayu manis
  16. 3 kuntum bunga lawang
  17. 5 kuntum cengkit
  18. 3 biji pelaga
Cara-cara nya :
  1. Masukkan minyak sapi dan minyak jangung dalam periuk
  2. Tumiskan kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, daun serai dan daun pandan hingga harum
  3. Kemudian masukkan bawang hiris, bawang putih dan halia. Masak hingga naik aromanya.
  4. Selepas itu, masukkan susu cair dan kemudian masukkan air yang secukupnya
  5. Masukkan kismis serta 1 sudu kecil garam ke dalam bahan tadi dan kemudian kacau rata
  6. Beras kemudian dimasukkan ke dalam campuran tersebut dan kemudian nasi dibiarkan untuk ditanak
  7. Selepas nasi sudah masak, letakkan 3-4 titik pewarna kuning telur dan gaul nasi tersebut.
  8. Tutup semula dan selepas 5 minit, alihkan ke dulang nasi dan taburkan biji gajus di atasnya.
  9. Sudap pon siap. 
Boleh la hidang sekali dengan lauk ayam masak merah 

0 Response to "Resepi Nasi Minyak"

Post a Comment