Resepi Sup Daging

Sebelum ni kita ada kongsikan resepi sup Ayam. Kali ni mari kita tengok macam mana untuk membuat sup daging yang lazat.


Bahan - bahan nya :
1. 2 ulas bawang putih - hiris
2. 1 biji bawang besar - potong besar
3. 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
4. 2 helai duan pandan diikat
5. 1 batang lobak merah dipotong serong
6. 3 biji ubi kentang didadu2 kecil
7. 1 batang cili merah dan hijau di hiris2
8. 1 tangkai daun sup dipotong kasar2
9. 1 sudu teh serbuk jintan putih
10. 1 sudu teh serbuk kunyit
11. 1/2 sudu teh jintan manis
12. Air Stok daging untuk kuah
13. Garam secukup rasa
14. Minyak untuk menumis

Cara-cara nya :
1. Panaskan minyak di periuk, masukan bahan-bahan seperti halia, bawang besar & putih, cili hiris yang dipotong kasar-kasar.
2. Goreng hingga ia lembut dan wangi. Angkat dan masukan dalan air rebusan daging yang sedang direbus bersama rempah 4 sekawan dan masukan daun pandan yang di ikat.
3. Bila air nya mendidih dan bangkit aroma nya, letakan garam secukup rasa, bersama rempah serbuk.
4. Biarkan daging rebus pelahan-lahan di api yang kecil. 
5. Selepas ia mendidih dalam 40 minit
6. Letakan lobak merah & ubi kentang di potong dadu
7. Biarkan daging masak dan kuah mendidih lagi.
8. Masukan daun sup dan bawang merah goreng.
9. Biarkan ia mendidih di masak pelahan-lahan.
10. Selepas 1 jam mendidih, tututpkan api.
11. Sajikan lah ia

0 Response to "Resepi Sup Daging "

Post a Comment