Resepi Kuih Cara Berlauk yang unik

Resepi kuih ni special sikit. Kerana kuih cara ni ada inti daging. Sangat unik dan sedap. Jom kita tengok bagaimana untuk buat kuih cara berlauk.

Gambar google
Bahan-bahan inti kuih :

  1. 200 gram daging kisar
  2. 1 biji bawang besar - potong dadu
  3. 2 sudu besar rempah kari
  4. 2 biji cili merah - dihiris
  5. 1 pokok daun sadri - dihiris halus
  6. 1 sudu besar minyak untuk menumis
  7. Garam 
Bahan-bahan kuih :


  1. 1 cawan tepung gandum
  2. 2 cawan santan
  3. 1 biji telur
  4. 1 sudu kecil minyak masak
  5. Suku sudu kecil garam
  6. Sedikit pewarna kuning ataupun serbuk kunyit
  7. 1 helai daun pandan - diikat pendek

Cara-cara nya :

  1. Sedia kan dahulu inti kuih
    1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan separuh dari cili merah hiris tadi. Tumis hingga naik bau  
    2. Masukkan rempah kari bersama sedikit air dan ditumis lagi hingga garing
    3. Masukkan daging kisar dan tumis lagi hingga daging bertukar warna coklat
    4. Akhir sekali masuk garam dan daun sadri 
    5. Biar sekejap dan tutup api
  2. Satukan semua bahan-bahan kuih dan dipukul dengan whisk hingga adunan sebati. Kemudian tapiskan
  3. Sapukan acuan dengan minyak masak menggunakan daun pandan yang diikat tadi
  4. Panaskan acuan atas api dapur gas hingga minyak itu panas
  5. Masukkan adunan ke dalam acuan dan letakkan 1 sudu kecil inti daging yang sudah disiapkan tadi di tengahnya bersama sedikit daun bawang dan sehiris cili merah
  6. Tutupkan acuan kuih dengan tudung periuk dan masak selama 3 ke 4 minit
  7. Apabila sudah masak, boleh la dihidang kan
  8. Siap
Selamat mencuba yer semua.

0 Response to "Resepi Kuih Cara Berlauk yang unik"

Post a Comment