Resepi Lempeng Kelapa Mudah

Sesuai untuk dibuat makanan sarapan pagi atau petang. kami kongsikan resepi lempeng kelapa yang mudah.

bahan-bahan nya ialah :
  1. Setengah cawan kelapa parut
  2. 2 cawan tepung gandum
  3. 1 sudu kecil garam
  4. Air secukupnya

Cara-cara nya ialah :
  1. Campurkan kelapa parut, tepung dan garam dalam satu mangkuk. Gaulkan sebati
  2. Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi satu adunan - Jangan terlalu pekat, biarkan adunan cair-cair sedikit tetapi tidaklah terlalu cair
  3. Panaskan kuali dan oleskan minyak sekitar kuali - Gunakan tisu untuk mengoles
  4. Tuangkan sesenduk adunan tadi dan pusingkan kuali supaya adunan membentuk bulat
  5. Masak selama 3 minit untuk setiap bahagian dengan api yang sederhana
  6. Hidangkan 
Mudah sahaja kan. Lempeng kelapa ni sesuai dihidang dengan sambal tumis atau cicah air kopi. Mungkin nanti kami akan kongsi kan bersama bagaimana untuk buat sambal tumis yang lazat.

0 Response to "Resepi Lempeng Kelapa Mudah"

Post a Comment