Resepi Pretzel yang Lembut lagi Lazat - Original

Ada request dari pembaca kami yang meminta untuk kongsikan resepi Pretzel kalau ada. Kami cari dan jumpa dalam bahasa inggeris. Oleh itu, dengan gigih kami ubah bahasa kepada bahasa melayu supaya pembaca kami boleh paham dengan lebih jelas bagaimana untuk buat Pretzel yang lembut & lazat ini.
Sumber google

Feedback dari yang sudah cuba resepi ini, lembut dan lazat dari Auntie Anne's yang dijual di pasar raya.

Bahan-bahan nya :

  1. 1 setengah cawan air suam
  2. 1 sudu besar garam
  3. 1 sudu besar gula
  4. 1 paket yis kering
  5. 4 setengah cawan tepung gandum
  6. 3 sudu makan minyak
  7. 2/3 cawan baking soda
  8. 2 biji telur
  9. Garam kasar

Cara-cara nya :

  1. Panaskan oven 230°c
  2. Dlm mangkuk, satukan air suam,garam dan gula. Kacau sampai larut. Kemudian masukkan yis. Rehatkan selama 5 minit - sehingga berbuih
  3. Masukkan tepung gandum dan 2 sudu minyak 
  4. Uli sehingga jadi doh
  5. Angkat sementara doh, sapukan lebihan minyak tadi pada mangkuk yang sama dan letakkan doh semula - supaya doh tidak melekat apabila mengembang
  6. Tutup mangkuk dgn plastic wrap dan rehatkan selama 1 jam
  7. Selepas 1 jam, bahagikan doh kpd 8 bahagian
  8. Gelekkan setiap bahagian jd bentuk tali panjang dan buat bentuk pretzel
  9. Dlm periuk lain, didihkan air dan masukkan baking soda. Rebuskan doh pretzel tadi dlm 30 saat setiap belah
  10. Pindahkan pretzel ke baking sheet, sapukan telur di permukaan atas pretzel dan taburkan garam kasar
  11. Bakar dlm 10 ke 15 minit atau sehingga kuning keemasan
  12. Siap!!
Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Pretzel yang Lembut lagi Lazat - Original"

Post a Comment