Resepi Agar-agar Biskut Oreo Mudah dan Lazat

Resepi agar-agar oreo ni sangat mudah. Hanya memerlukan sedikit sahaja bahan. Rasa nya setiap dapur di dalam Malaysia ni ada bahan-bahan yang diperlukan nya.



Bahan-bahan nya :

  1. Satu pack biskut Oreo original
  2. 20 gram agar-agar tali
  3. Satu kotak besar susu lembu full cream
  4. 1 Cawan air - kalau pekat sangat

Cara-cara nya :

  1. Asingkan biskut Oreo dari krim nya. kesemua krim disimpan dalam 1 bekas dan biskut nya dalam bekas yang lain
  2. Patah-patahkan biskut oreo - patah-patah kasar
  3. Rebus susu lembu full cream bersama 20 gram agar-agar dalam periuk sampai hancur - tambah sedikit air kalau terlalu pekat
  4. Tuang adunan dalam loyang corak. Kemudian taburkan biskut Oreo yang kita sudah patah-patahkan tadi. Kacau supaya rata
  5. Biarkan sejuk sementara. Selepas itu boleh la disimpan didalam peti ais
  6. Sudah sejuk, boleh la dihidang 
  7. Siap
Senang je kan. Boleh la buat untuk tetamu dihari raya. Takde la tiada makanan untuk dihidang. Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Agar-agar Biskut Oreo Mudah dan Lazat"

Post a Comment