Resepi Kuih Cara Manis yang Lazat

Lagi resepi dari Tanah Melayu. Masakan yang diberi nama kuih cara manis. Kuih tradisional ini sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Sedap dimakan ketika minum petang. Jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan kuih cara manis ini.

Sumber Google
Bahan-bahan nya :

  1. Bahan A
    1. 1 cawan tepung gandum
    2. Setengah cawan santan pekat
    3. 1 biji telur
    4. 3 sudu minyak masak
    5. 1 setengah cawan air daun pandan
    6. Garam
    7. Pewarna hijau
  2. Bahan B
    1. gula putih - inti
  3. Bahan C
    1. 1 helai daun pandan
    2. Minyak masak

Cara-cara nya :

  1. Campurkan semua bahan A dan blender sehingga sebati
  2. Ambil acuan kuih cara dan panaskan di atas dapur gas
  3. Sapukan minyak mengunakan bahan C 
  4. Bila acuan panas, tuangkan bancuhan bahan A ke dalam acuan - Jangan terlalu penuh
  5. Masukkan bahan B bila lapisan bawah telah masak atau mengeras
  6. Tutup dengan tudung periuk dan masak sehingga lapisan atas sudah tidak melekat bila disentuh
  7. Ulang proses yang sama sehingga siap
  8. Tindihkan lapisan satu sama lain bila kuih telah sejuk
  9. Siap
nota : Pastikan api kecil sahaja sebab acuan kuih cara cepat panas

Kredit Resepi :Rasidah Ahmad

0 Response to "Resepi Kuih Cara Manis yang Lazat"

Post a Comment