Resepi Kek Batik Biskut Jejari yang Sangat Ringkas

Bila kita dengar kek je mesti kita memerlukan bahan-bahan asas kek iaitu susu pekat, tepung, serbuk koko, telur dan sebagainya. Tapi, resepi kek batik biskut jejari ni tidak menggunakan bahan-bahan tersebut. Resepi yang sangat mudah yang walaupon anda baru nak mula belajar memasak pon boleh buat dengan jaya dan sedap. Jom kita tengok resepi nya.

Sumber google
3 bahan-bahan nya :

  1. Biskut jejari - bergantung kepada saiz kek yang anda ingin buat
  2. 275 ml whipping cream
  3. 500 gram milk chocolate
  4. Bahan topping
    1. 250 gram milk chocolate
    2. 135 ml whipping cream
Cara-cara nya yang mudah :

  1. Double boil milk chocolate dengan whipping cream
  2. Susun biskut-biskut jejari dalam loyang buat jarak sedikit diantara biskut jejari
  3. Tuang campuran susu chocolate dengan whipping cream tu perlahan - supaya biskut tidak bergerak dari posisi yang kita susun kan tadi
  4. Ulang step 3 dan 4 sampai sekurang-kurang nya 3 tingkat biskut jejari tersebut  
  5. Sejukkan dalam freeze lebih kurang 20 minit 
  6. Keluarkan dan letak topping
  7. Akhir sekali masuk kan semula dalam freeze dan sejukkan dalam 2 ke 3 jam
  8. Keluar kan dan potong
  9. Siap untuk dihidang


credit : Suzi Yanti Md Hane‎

0 Response to "Resepi Kek Batik Biskut Jejari yang Sangat Ringkas"

Post a Comment