Resepi Bihun Goreng Kampung atau Biasa - Ringkas

Lagi masakan goreng yang sangat mudah dan sedap. Bihun goreng kampung yang sedap. Kita boleh campak-campak je bahan dalam kuali dan masakan pon siap. Jom kita tengok resepi nya.

Sumber Google
Bahan-bahan nya :

  1. 1 bungkus bihun – direndam hingga lembut & tos
  2. 1 biji bawang besar – dihiris
  3. 1 mangkuk sotong atau udang
  4. 1 mangkuk lobak merah – hiris memanjang
  5. 1 mangkuk kubis
  6. 3 sudu besar cili kisar
  7. 3 sudu besar sos tiram
  8. 3 sudu besar kicap lemak manis Jalen
  9. Garam
  10. Gula
  11. Minyak masak
  12. Bahan-bahan tumbuk
    1. 3 ulas bawang merah
    2. 3 ulas bawang putih
    3. Setengah genggam ikan bilis – direndam

Cara-cara penyediaan nya :

  1. Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau
  2. Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga naik bau
  3. Masukkan pula cili kisar dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sehingga cili masak dan garing
  4. Setelah cili garing, masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya. Masak sehingga sambal terbit minyak
  5. Setelah terbit minyak, masukkan lobak merah dan sedikit air lagi untuk melembutkan lobak merah. Kemudian masukkan sotong dan kacau rata seketika sahaja kerana tidak mahu sotong terlalu masak
  6. Kemudian masukkan bihun. Kacau rata sehingga bihun lembut. 
  7. Akhir sekali, masukkan pula sayur kubis. Setelah sayur lembut, bolehlah tutup api 
  8. Tabur dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan
  9. Siap

Apalagi?. Jom la kita cuba.

0 Response to "Resepi Bihun Goreng Kampung atau Biasa - Ringkas"

Post a Comment