Resepi Kuih Cakoi Lembut didalam Rangup diluar - RINGKAS

Kuih cakoi ini sangat sesuai bila dimakan petang panas-panas. Ia juga sangat sesuai dicicah dengan Kaya. Kuih cakoi mesti la gebu dan lembut baru la sedap kan. Jom kita tengok resepi ringkas kuih cakoi.

Sumber Google
Bahan-bahan :

  1. 1 cawan air
  2. 2 cawan tepung roti
  3. Suku sudu kecil yis segera
  4. 1 sudu kecil gula
  5. 1 sudu kecil garam
  6. Setengah sudu kecil soda bikarbonat
  7. 1 sudu besar minyak mazola
  8. Minyak masak

Cara-cara memasak nya :

  1. Kacau rata gula, garam, air dan minyak dalam satu bekas 
  2. Dalam satu bekas yang lain masukkan tepung bersama soda bikarbonat dan yis segera. Kacau sehingga sebati sedikit, selepas itu buat lubang di tengah-tengah adunan . Masukkan bahan campuran gula, garam , minyak dan air tadi. Adun sehingga sebati 
  3. Pindahkan adunan ke atas papan pencanai yang telah ditabur dengan tepung gandum sebagai alas, adun sehingga menjadi doh. Apabila menjadi doh, bahagikan kepada dua bahagian berbentuk panjang 40cm. Selepas itu doh ditutup dengan plastik wrap dan biarkan selama 1 jam
  4. Selepas 1 jam, ratakan doh dan bahagikan kepada bahagian kecil bersaiz 1cm tebal dan panjang 2 cm. Biarkan lagi 10-15 minit
  5. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan
  6. Apabila minyak sudah panas, ambil dua potongan tadi dan tindihkan bersama. Tekan doh yang cantum di tengah-tengah dan tarik hujung dengan chopstik untuk bagi panjang. Goreng menggunakan api sederhana sehingga kekuningan
  7. Siap
Senang je kan. Jom kita buat. Nak buat meniaga pon boleh ni.

0 Response to "Resepi Kuih Cakoi Lembut didalam Rangup diluar - RINGKAS"

Post a Comment