Resepi Kuih Lapis Lembut dan Lazat

Jom kita terus tengok bahan dan langkah-langkah bagaimana untuk buat kuih lapis yang lembut ini.


Bahan-bahan nya :

  1. 2 cawan tepung beras
  2. Setengah cawan tepung gandum
  3. Setengah cawan tepung jagung
  4. 1 cawan gula pasir
  5. 4 cawan santan - 1 cawan santan pekat campurkan bersama 3 cawan air
  6. Suku sudu teh garam
  7. Sedikit pewarna merah dan perisa ros
Cara-cara menyediakan nya :

  1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Kemudian tutup api
  2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros
  4. Masukkan loyang yang telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat 
  5. Setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi 
  6. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah
  7. Setelah siap, boleh la dibiar sejuk sebelum dihidangkan
  8. Siap
Selamat mencuba yer. Terima kasih

0 Response to "Resepi Kuih Lapis Lembut dan Lazat"

Post a Comment