Resepi Bubur Ayam McD, Eh bukan ala-ala McD

Selalunya beras wangi atau beras siam sesuai dibuat bubur kerana kandungan kanjinya agak tinggi. Tapi, sebenar nya beras Nasional tu pun sedap dan boleh dibuat bubur.  Cuma anda perlu cuci banyak kali kerana banyak bendasing dalam nya. Tajuk telah mencerita kan segala nya. Harini kami akan kongsikan resepi bubur ayam bukan ala-ala McD. Jom kita tengok resepi nya.


Bahan-bahan nya :

  1. 1 setengah cawan beras cap rambutan - beras Nasional
  2. 2 liter air
  3. 1 helai daun pandan - disimpul
  4. 1 cawan mix vege - kalau anda nak tambah
  5. 1 cawan kacang merah yang telah siap direbus 
  6. 1 batang serai - diketuk
  7. 1 inci halia - hiris nipis
  8. 2 ulas bawang putih - cincang halus
  9. 1 biji bawang holland - didadu kecil
  10. 1 kuib pati ayam MAGGI - kalau anda nak tambah
  11. 1 sudu teh lada sulah
  12. Setengah sudu teh minyak bijan
  13. 2 sudu besar minyak masak
  14. 1 keping dada ayam - hiris nipis, cuci dan toskan
  15. Garam 
  16. Hirisan daun bawang - untuk hiasan
  17. Bawang goreng - untuk hiasan
  18. Sedikit serbuk lada hitam atau lada sulah
Cara-cara nya :

  1. Cuci beras dan toskan
  2. Panaskan minyak dan minyak bijan. Tumis bawang besar, bawang putih, serai dan halia hingga harum. Masukkan dada ayam dan serbuk lada sulah, kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna. Masukkan beras, kacau dan masak sekejap
  3. Tuang air, masukkan daun pandan dan kiub pati ayam (jika guna). Biar mendidih dan beras kembang. Masukkan mix vege dan kacang merah. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga beras menjadi bubur, kalau suka bubur cair, boleh tambah sedikit air panas. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap lagi dan matikan api
  4. Siap sudah bubur anda
  5. Boleh diceduk kedalam mangkuk dan ditabur daun bawang, bawang goreng dan sedikit lada hitam kisar
Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Bubur Ayam McD, Eh bukan ala-ala McD"

Post a Comment