Resepi Sup Kentang yang Lazat bersama Bebola Ikan

Sup kentang bersama bebola ikan selalu nya sangat sesuai dibuat sup kepada mee kuning atau dimakan begitu saja. Kenapa? kerana rasa nya yang ada sedikit manis-manis. Jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan sup kentang yang lazat ini.



Bahan-bahan nya :

  1. 3 biji kentang saiz sederhana
  2. 8 kuntum cendawan butang dalam tin - ditoskan
  3. 8 biji bebola ikan salmon 
  4. 1 batang leek - kerat pendek dan rendam
  5. Setengah cekak soo hoon - kerat pendek dan rendam
  6. 1200 ml stok air rebusan tulang ayam
  7. Setengah sudu teh serbuk lada hitam 
  8. Beberapa titik minyak bijan
  9. 5 biji bawang merah - hiris
  10. 2 ulas bawang putih - hiris
  11. Garam 
  12. Hirisan daun bawang - untuk hiasan
  13. Bawang goreng - untuk hiasan

Cara-cara nya :

  1. Kupas setiap kentang dan belah 4 bagi setiap 1 kentang kemudian rendam dalam air
  2. Cendawan butang dibelah 2 setiap 1. Ketepikan 
  3. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam periuk, tumis bawang putih dan bawang merah hingga harum, masukkan leek, dan kacau rata, Tambah kentang dan kacau rata. Tuang stok air rebusan ayam dan biar mendidih
  4. Bila kentang setengah empuk, masukkan bebola ikan dan cendawan, kacau dan masak hingga kentang empuk. Tambah garam secukup rasa, serbuk lada hitam, minyak bijan dan soo hoon, masak sekejap hingga soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api
  5. Siap. Tabur kan hirisan daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan sebelum dihidangkan
Selamat mencuba. Sedap juga kalau dibuat lauk kepada nasi putih anda.

0 Response to "Resepi Sup Kentang yang Lazat bersama Bebola Ikan"

Post a Comment